Friday 8 February 2019

Kurma Mudahkan Proses Kelahiran Bayi

Sebenarnya pengambilan kurma secara berterusan sepanjang kehamilan mampu kurangkan risiko untuk di bedah, dengan kata lain memudahkan untuk bersalin secara normal. 

5 pengkaji dari Jordan jalankan kajian ke atas 69 orang ibu hamil. Hasil kajian dapati proses kelahiran bagi ibu yang memakan 6 biji kurma setiap hari adalah lebih mudah dari yang tidak memakan kurma.

Serta risiko mereka untuk di induce adalah lebih rendah dengan bukaan lebih cepat dari ibu yang tidak memakan kurma itu tadi.

Seperti mana firman Allah swt ke atas Saidatina Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa A.S (Maryam: Ayat 25-26); "Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."

Jadi, jom kita amalkanlah pemakanan sunnah terutamanya kurma sedari mula mengandung hinggalah ke labour room. Bukan sahaja permudahkan bersalin, malah kurma juga turut memberi tenaga segera buat si ibu untuk meneran nanti!

Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment