Tuesday 17 October 2017

7 Cara Pantas Hamil

Ada pasangan lepas aje kawin, terus disahkan mengandung, ada sesetengah pasangan pula tunggu 10 tahun baru dapat anak. Itu semua adalah rezeki yang Allah telah tetapkan. Bersabar dan terus bersyukur itu yang lebih baik.

Tahniah buat penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, dengan doa yang tidak jemu jemu, akhirnya mengandung. Alhamdulillah, Kak Chah turut merasa gembira. Kak Chah peminat nombor siti tau.

Terdapat 7 cara untuk pantas hamil ini.

1. Niat dan tawakal pada Allah.

Niat kerana Allah, ingin menambah umat Nabi Muhammad SWT dan boleh mendidik anak anak menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi. Berdoa penuh konsisten dan bersungguh sungguh dengan meminta pada Allah. 

Tawakal pada Allah dan berusaha. Inshaa Allah, Allah tentukan yang terbaik buat anda semua.

2. Belajar bila waktu kesuburan anda.

Alhamdulillah, zaman IT sekarang ini, tidak susah untuk tahu bila waktu kesuburan korang. Korang boleh download di website yang boleh dipercayai. Boleh taip Free ovulation calculator. Inshaa Allah, dekat situ korang boleh memantau bila waktu kesuburan korang yang paling optimum.

Mengetahui tahap kesuburan korang amat penting kerana wanita akan subur hanya sebulan sekali sahaja. Adalah yang terbaik menjalinkan hubungan intim pada sehari sebelum waktu subur, waktu subur dan selepas waktu subur.

3. Catatkan petanda waktu subur anda.

Selain daripada tahu waktu subur anda, anda juga boleh catatkan petanda waktu subur korang. Inshaa Allah, boleh meningkatkan peluang untuk korang mengandung dengan cepat. Catat segala petanda contohnya seperti dibawah:-

a. Suhu badan meningkat - Biasanya bila menghampiri waktu subur, badan akan berasa agak panas.
b. Memeriksa rahim anda - Lihat bendalir (mucus), biasanya juga waktu wanita subur akan keluar cervical mucus.
c. Sakit belakang
d. Payudara membengkak

4. Dapatkan supplement kesuburan.

Terdapat banyak supplement kesuburan di malaysia bagi membantu pasangan meningkatkan tahap kesuburan mereka. Apa yang terbaik adalah produk itu mestilah halal, bersih dan tidak memudaratkan.

Cadangan Kak Chah yang terbaik adalah makanan sunnah Qaseh Gold Set Hamil. Kenapa Kak Chah cadangkan Qaseh Gold Set Hamil adalah kerana set ini adalah semulajadi, bagus untuk baiki hormon korang.

Inshaa Allah dengan memperbaiki hormon lelaki dan perempuan peluang untuk hamil akan meningkat. Apa yang terbaik juga adalah mengamalkan dengan konsisten.

5. Posisi yang betul.

Pastikan posisi yang betul dan pastikan tidak menyakiti pasangan anda.

6. Diet yang seimbang.

Pastikan diet yang seimbang dan dinasihatkan berhenti merokok, caffeine dan sebagainya. Kurangkan juga makan makanan yang tidak sihat contohnya jajan, makanan segera atau makanan yang mempunyai banyak gula. Memakan makanan yang di process juga tidak elok untuk pasangan yang ingin pantas hamil.

Sebaiknya lebihkan makan makanan yang berkhasiat seperti buah, sayur dan protein. 

7. Mengambil vitamin atau supplement makanan

Contoh pengambilan makanan prenatal adalah folik asid. Korang juga boleh dapatkan folik  asid yang semulajadi daripada buah kurma. Amalkan makan kurma setiap boleh meningkatkan tahap kesuburan anda. 

Pengambilan vitamin atau supplement makanan boleh membantu kuatkan dan suburkan rahim anda. Rahim anda subur bermakna rahim anda sudah bersedia untuk menerima zuriat. 

hj
Sumber gambar mstar

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment