Wednesday 18 October 2017

Power Pumping Untuk Ibu Menyusu

Power Pumping. Ramai yang mempraktikkannya kan. Power Pumping ini adalah teknik yang digunakan untuk merangsang penghasilan yang lebih selari dengan demand baby terutama ketika spurt growth.

Power Pumping dilakukan sehari sekali sahaja dan 1-2 kali seminggu bagi yang tiada masalah kekurangan penghasilan susu.

Bagi yang menghadapi kekurangan penghasilan susu, Power Pumping boleh dilakukan setiap hari sehinggalah hasilnya bertambah dan amat digalakkan dilakukan di antara jam 0000 hingga 0600 kerana hormon prolaktin tinggi pada waktu ini dan suasana yang sejuk dan senyap sunyi membantu merangsang hormon oksitosin yang buatkan kita rasa tenang.

DOUBLE PUMP
Mulakan dengan Bismillah
Perah 20 minit
Rehat 10 minit
Perah 10 minit
Rehat 10 minit
Perah 10 minit
Selesai

SINGLE PUMP
Mulakan dengan Bismillah
Perah 10 minit kanan
Perah 10 minit kiri
Perah 10 minit kanan
Perah 10 minit kiri
Perah 10 minit kanan
Perah 10 minit kiri
Selesai

Namun begitu, Power pumping bukanlah satu-satunya cara untuk meningkatkan semula penghasilan susu. Kita perlu melihat faktor-faktor lain yang membuatkan susu kita berkurang.

Power pumping adalah untuk menghantar rangsangan ke otak supaya penghasilan susu ditingkatkan. Ia bukanlah untuk mendapatkan hasil yang banyak dalam satu-satu masa. Elak membuat Power Pumping terlalu kerap bagi mereka yang tiada masalah kekurangan susu.




Sumber: wassap group breast feeding KIM.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment